MENGHITUNG HARI.....


Kalau nak dihitung kan memang dah x lama maner dah nak menghabiskan hari-hari terakhir kat IPTEK nieee...tapi sebelum semuanya menuju ke destinasi masing2...terpaksa la menghadapi EXAMMMMMM....itu lah yang kalut di fikiran...mmm..AKU?X tau la orang lain...samer je kot...aku memang dah cuak dah skit2..maner tak nyer banyak lagi yang lum cover nih..buku ELT satu bijik nak khatam..buku education studies lagi..huhuhhu...


Lepak dulu beb...Kat LIBRARY

Huhuhu.....nape la nak lepak2 lagi ni...x sedar2 lagi nak exam..actually kat library la ni..bukannya nak baca buku sangat pung..tengah tgu akak ku kak ieza p kelas TITAS...Oh! I'm lucky x yah pegi lagi sebab kat UiTM dah ambik daaaaa...Geng2 kami ni tinggal kat ieza jer sorang yang lum lepas TITAS..yang lain2 alhamdulillah lah dapat exemption...Malas betui nak buat pape...sib baik la kelas tu sejam jer..aku n wiwi je kat library ..dorang2 tuh..nana,shida n emy still kat kelas tadi lagi...mmm x tau la layan borak la tuh..si nana pulak mesti sibuk2 main game x pung..duk blogging2 gak leeeerr...
Cuaca hari nih pulak...mendung berarak kelabu jerk..mesti nak hujan petang ni..sat lagi..meredah hujan la balik nanti..macam la jalan kaki...huhhuhu...haaaa...kan aku dah cakap daa...dah guruh dah pung..kat library ni pung dah maikn sejuk yang teramat dah..macam study kat LONDON la ploks..hihhihi....dulu x dapat nak p ..skang ni kalu nak p pung..mmm...pakai duit sendiri laaaa...ntah apa yang aku duk membebel ni...mmm dah kul 430pm..kak ieza dah nak habis claz ni...aku pung nak chow gak la...nak berkejar balik lagi nih...huhuhu hari dah hujan mesti jalan dah jammed...penat gak travel ni....sabor je la..x lama maner lagi pung...

Bersama kawan-kawan sekelas....






CERPEN PILIHAN MINGGU INI....

SELAMAT TINGGAL CINTAKU....


SELAMAT TINGGAL CINTAKU…..

Bas bergerak laju menuju ke destinasi. Aku merenung ke luar jendela. Perjalanan yang mengambil masa tiga jam dari Kuala Lumpur itu bagaikan setahun lamanya. Aku rasakan waktu berlalu dengan perlahan sekali. Namun semakin aku menghampiri destinasi yang aku tuju, debaranku semakin kuat. Perasaan gundahku kembali melanda. Apa yang harus aku lakukan apabila aku bertemu dengannya? Aku meraup wajah dengan kedua telapak tanganku. Ya ALLAH, tabahkanlah hatiku. Semoga aku kuat menghadapinya.

Tepat pukul empat petang, aku tiba di perhentian bas Lumut. Mataku meliar mencari seseorang yang akan kujumpa buat kali pertama. Aku terlupa untuk bertanya bagaimana aku akan dapat mengenalinya. Setelah lima minit duduk di bangku, seorang lelaki datang menghampiriku. Dia membuatkan aku benar-benar keliru. Mengapa dia ada di sini? Dadaku berdebar kencang. Bibirku bergetar. Badanku terasa sejuk. Air mataku terasa ingin menitis.

"Hana ya?" Tegurnya. Aku tidak mampu menjawabnya kerana lidahku kelu. Aku benar-benar keliru. Adakah aku sedang bermimpi? Tetapi titis peluh yang sedang mengalir di dahiku benar. Aku tidak bermimpi! Dia benar-benar berdiri di depanku. "Saya Adam." Dia memperkenalkan diri. Adam? Mengapa bukan Hafizullah?

Kira-kira setengah jam kemudian, aku dan Adam tiba di tempat yang inginku tuju. Aku membisikkan doa. Sepanjang perjalanan tadi puas aku memerhatikan Adam. Dia benar-benar serupa dengan Hafizullah tetapi aku tidak pernah tahu Hafizullah mempunyai kembar seiras. Aku tidak sempat untuk mengenali dirinya sepenuhnya. Adam berjalan di hadapanku dan memintaku untuk mengikutnya dari belakang. Akhirnya kami semakin menghampiri tanah yang masih merah yang dipenuhi dengan kuntuman mawar merah yang semakin layu. Adam duduk berhadapan denganku.

Aku menyentuh tanah merah itu. Aku menekup bibirku dengan tangan kiriku, menahan tangis. Ya ALLAH, kuatkan hatiku! Engkau yang menciptakan segalanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakitnya hatiku, yang membuatkan keinginanku terhalang, semuanya bukan sekadar sia-sia. Kerana bukan Engkau tidak tahu akan derita hatiku, pecahnya hatiku tapi itulah yang Engkau mahu untuk menguji sedalam mana cinta dan pengorbanan untukMu juga kerana Engkau tahu bahawa hati yang sering diuji inilah selalunya lebih lunak dan mudah akrab denganMu. Ya ALLAH, jika sudah Kau takdirkan Hafizullah bukan untukku, Kau temukanlah aku dengan seseorang yang lebih baik darinya kerana sesungguhnya hanya Kau sahaja yang mampu mencintainya lebih dari diriku.

"Umi nak jumpa dengan Hana sebelum Hana balik." Tutur Adam selepas aku memanjatkan doa untuk arwah Hafizullah yang meninggal dunia kerana kemalangan. Aku menganggukkan kepala tanda setuju untuk bertemu dengan ibu Hafizullah dan Adam yang dengan senang hati setuju untuk aku melawat kubur arwah.

Ibu Hafizullah yang membahasakan dirinya Umi menyambut kedatanganku dengan senyuman manis. Namun dalam senyumannya, aku dapat merasakan sekeping hati yang sedang kesedihan. Aku tidak tahu mengapa aku terasa ingin menangis di pelukan Umi. Dua hari sudah berlalu selepas aku mendengar berita pemergian Hafizullah namun entah mengapa, tidak ada setitis air mataku yang mengalir. Sewaktu aku menziarahi kubur tadi barulah aku dapat melepaskan semua perasaanku.

"Pukul berapa Hana nak balik KL?" Tanya Umi sewaktu kami berada di anjung rumah. Adam yang turut serta beberapa minit sebelum ini melayangkan pandangannya ke arahku.

"Hana tak beli tiket lagi, Umi. Sampai stesen bas nanti barulah Hana tahu." Jawabku. Aku sebenarnya sudah berkira-kira untuk meminta izin untuk pulang tetapi Umi galak bercerita tentang arwah. Aku berminat untuk mengenali arwah dengan lebih mendalam tetapi aku tidak mahu lewat untuk tiba ke kolej.

"Hana tidurlah kat sini malam ni. Dah lewat ni. Bahaya Hana balik seorang." Umi mempelawa. Aku yang sedang menghirup air teh hampir sahaja tersedak.

"Tak apalah, Umi. Kalau Hana balik sekarang, pukul 10 nanti Hana sampailah." Jawabku.

"Umi tak sedap hati nak biarkan Hana balik hari ni. Dah lewat ni, Hana. Hana tidur kat sini jelah ya." Pujuk Umi.

"Betul tu Hana. Hana perempuan. Kalau jadi apa-apa nanti, Hana seorang yang kena tanggung. Saya janji, esok pagi saya hantar Hana pergi stesen bas." Adam mencelah tiba-tiba. Entah mengapa aku kurang senang dengan kehadiran Adam. Mungkin kerana wajahnya yang seiras dengan arwah Hafizullah.

Malam itu aku tidur di bilik Hafizullah. Umi meminjamkan aku baju tidur dan kain batik untuk kegunaanku. Aku benar terharu dengan keikhlasan Umi dan Adam. Hafizullah tidak pernah memperkenalkanku dengan keluarganya tetapi hari ini aku telah dilayan seperti seseorang yang mereka kenali. Jam di telefon bimbitku menunjukkan pukul 11.00 malam. Suasana di rumah Umi sunyi sekali. Mungkin Umi dan Adam sudah lena diulit mimpi. Hanya aku yang masih membiarkan lampu terpasang.

Aku bangun dan menghampiri meja Hafizullah. Ada sebuah frame gambar. Gambar dia dan Adam. Mereka kelihatan cukup akrab. Malah jika dilihat sekali imbas, memang sukar untuk membezakan mereka berdua. Aku menghampiri almari pakaian Hafizullah. Aku tahu tindakanku tidak wajar tetapi aku ingin sekali untuk mengenang Hafizullah. Mataku terpandang sehelai kemeja berwarna hitam. Hafizullah pernah memakainya sewaktu pembentangan sewaktu kami di semester kedua. Hafizullah pernah memakai T-shirt berwarna merah itu ketika dia sedang menaiki mengambil peperiksaan Kalkulus I. Aku tersenyum pahit mengenang Hafizullah.

Dengan perlahan aku melabuhkan punggung di atas katil. Terasa bagai semalam aku bertemu dengan Hafizullah. Pertemuan yang pastinya akan membuahkan senyuman di bibirnya dan di bibirku meskipun tidak akan ada bicara dari bibir kami. Biarlah hati kami saja yang saling berbicara, saling menuturkan riang apabila bertemu dan saling mengucapkan rindu apabila bertentang mata. Hubunganku dengan Hafizullah bukanlah seperti pasangan lain yang bebas mengucapkan rindu dan sayang. Secara jujurnya, hanya sekali sahaja Hafizullah pernah menuturkan perasaan sayangnya. Dan aku menerimanya setulus hati.

Perkenalanku dengan Hafizullah bermula apabila kami terpilih menyertai pertandingan debat antara persatuan. Hafizullah mewakili persatuan kejuruteraan elektrik manakala aku mewakili kolej. Kami bertanding di peringkat akhir. Dia benar-benar berbakat namun kata juri pertandingan itu, aku mampu memberikan persaingan yang cukup sengit. Akhirnya usul kumpulan Hafizullah diterima dan aku menerima kekalahanku dengan hati terbuka. Bukan rezekiku, bisik hatiku.

Hari yang berlalu selepas perkenalan tidak rasmi itu membuatkan aku hampir lupa akan Hafizullah sehinggalah satu hari dia menjerit memanggil namaku dari tingkat 2 Blok R sedangkan waktu itu aku berada di tingkat 4 blok S yang bertentangan dengan Blok R. Waktu itu semua mata memandang ke arahku. Apabila dia tiba di hadapanku, dia akhirnya memberitahu yang dia mahu aku menyertai pertandingan debat mewakili universiti. Bermula detik itu, aku mula belajar mengenalinya.

Semakin hari berlalu, aku mula menyedari perasaanku terhadapnya. Setiap kali aku terserempak dengannya, aku terasa ingin melarikan diri. Aku tidak mampu berhadapan dengan senyuman manisnya yang hampir membuatkan aku gila. Aku suka akan penampilan dirinya. Aku suka segala-galanya tentang dirinya.
Sudah terlalu lama aku memendamkan perasaanku padanya hinggalah satu hari Hafizullah datang bertemu denganku. Waktu itu aku berada di perpustakaan. Dia menghampiriku, membuatkan jantungku seakan mahu dicabut dari badanku. Dengan selambanya dia duduk di hadapanku.

"Assalamualaikum." Tegurnya. Aku menjawab ucapan salamnya. Kemudian lama dia mendiamkan diri. Aku jadi bingung. Apa mahunya?

"Saya sukakan Hana." Bisik Hafizullah perlahan. Degupan jantungku seakan terhenti. Benarkah apa yang aku dengar? Atau mungkin aku sekadar berangan? Aku renung wajah Hafizullah, mencari kebenaran.

"Saya tak faham …" Ucapku.

"Saya sukakan Hana. Dari dulu lagi … Semasa kita bertanding. Saya suka cara Hana berbahas. Lepas hari tu, saya sedar yang saya sukakan segalanya tentang Hana." Sesak nafasku mendengar pengakuannya. Dan semua itu berlaku hanya dua minggu sebelum Hafizullah meninggalkanku.

Kami keluar bersama selepas seminggu. Hari itu dia membawaku ke banyak tempat. Seperti pasangan lain, kami menonton wayang, makan, berjalan-jalan dan berbual-bual. Dia memberitahuku yang dia ingin sekali makan aiskrim bersamaku. Aku ketawa besar dan lima minit kemudiannya dia datang di hadapanku dengan dua batang aiskrim Cornetto coklat. Aku cukup bahagia hari itu. Tidak cukup dengan itu, Hafizullah membawaku ke Lovely Lace. Di situ dia menghadiahkanku sebuah teddy bear kecil berwarna cream.

"Tak payahlah, Fiz. Hana tak nak." Pujukku ketika Hafizullah berkeras mahu membelinya untukku.

"Kenapa? Tak sudi?" Tanyanya.

"Bukan. Tapi tak payahlah beli. Hana tak nak Fiz membazir belikan Hana hadiah." Jawabku. Sejujurnya memang aku mahukan teddy bear itu tetapi harganya agak mahal. Seperti aku, Hafizullah juga seorang pelajar. Daripada membazirkan wang untukku, lebih baik dia menggunakannya untuk pelajaran.

"Tak apalah. Bukan selalu abang belikan untuk Hana." Pujuknya.

"Tak payahlah, Fiz."

"Oklah. Kalau Hana tak nak abang belikan, panggil abang ‘abang’ dan bukan Fiz." Aku ketawa kecil. Sejak seminggu yang lalu dia sering memintaku memanggilnya abang tetapi aku enggan. Hanya dia yang membahasakan dirinya abang.

"Ok. Abang tak payah beli untuk Hana ya." Hafizullah mengukir senyum. Senyuman bahagia seperti mana aku. Tapi dengan cepatnya Hafizullah merampas teddy bear dari tanganku dan berlari membawanya ke kaunter.

"Fiz!" Jeritku, perlahan.

Kami hampir bergaduh di kaunter. Berkali-kali aku memberitahu juruwang di kaunter untuk tidak mengambilnya tetapi Hafizullah berkeras untuk membayarnya. Namun juruwang wanita itu tersenyum lalu mengambilnya. Panjang muncungku apabila keluar dari Lovely Lace.

"Panjang muncung sayang abang ni. Biar abang tarik lagi panjang." Hafizullah mengusikku.

"Orang dah cakap tak nak kenapa Fiz beli jugak?" Tanyaku.

"Sebab Hana comel sangat bila panggil abang, abang. Sebab tu abang terus nak beli tadi." Dia ketawa kecil.

"Benci la!" Rajukku.

"Kalau Hana tak nak, biar abang bagi kat orang lain la. Abang bagi kat budak kecik tu. Nak bagi hadiah pun susah sangat, huh!" Hafizullah berlalu dari sisiku dan menghampiri kanak-kanak kecil yang sedang berada di sisi ibunya. Dengan cepat aku menarik lengan baju Hafizullah.

"Apa ni tarik-tarik baju orang?" Sergahnya. Aku sedikit terkedu mendengar suara tingginya.

"Bagi Hana teddy bear tu."

"Tak nak! Buat apa nak bagi kat orang yang tak nak hadiah dari kita? Entah-entah nanti dia buang dalam longkang ke, siapa tau?" Hafizullah membalas. Hatiku sedikit tercalar.

"Hana nak …" kataku.

"Abang dah tawar hati nak bagi kat Hana."

"Hati nak kena rasa apa baru Fiz nak bagi kat Ina? Kalau nak rasa manis, nanti Hana letak gula." Gurauku meskipun aku terasa ingin menangis saat ini.

"Tak kelakarlah, Hana. Abang kecik hati dengan perangai Hana." Aku terdiam mendengar kata-katanya. Air mataku mula bertakung. Aku mengetap bibirku menahan tangis.

"Hana … Hana janganlah menangis! Abang gurau je tadi. Hana … janganlah menangis. Orang dah tengok-tengok ni." Dengan langkah yang cepat, aku berlari menuju ke tangga. Malu sekiranya orang melihatku menangis.

"Abang gurau je, sayang. Maafkan abang, sayang. Nah, peluklah Fiz." Dengan cepatnya aku menumbuk bahunya.

"Gatal!"

"Adoi, sakit la sayang! Abang kata peluk Fiz, bukan peluk abang. Ni ha …" Hafizullah menyerahkan teddy bear di tangannya. Fiz? "Abang namakan teddy bear ni Fiz sebab abang nak Hana peluk Fiz tiap-tiap malam. Hana boleh buat apa je Hana nak dengan Fiz."

"Hana ingat abang suruh Hana peluk abang ek? Boleh je kalau Hana nak. Hahaha." Kali ini aku menumbuk perutnya pula. Padan muka!

"Hana nak letak nama lain. Nama Fiz tak sedap!"

"Tak kira. Abang nak panggil dia Fiz jugak."

"Tak nak! Hana nak namakan dia Comot."

"Comot? Buruknya nama! Takde, takde. Nama dia Fiz jugak. Kalau tak, abang bagi dekat budak kecik tadi." Ugutnya lalu menarik teddy bear itu ke tangannya semula. Aku merampasnya dengan cepat lalu memeluk dan mencium teddy bear itu. Comelnya!

"Abang jealous la dengan Fiz." Bisiknya perlahan. Aku menunjukkan penumbukku.

Setiap malam pasti Hafizullah akan menelefon. Berkali-kali aku katakan padanya untuk tidak terlalu kerap menghubungiku tetapi dia enggan. Katanya, jika dia tidak dapat mendengar suaraku untuk sehari, dia pasti akan berasa kesunyian. Aku tersenyum bahagia mendengarnya kerana aku tahu aku juga sepertinya. Walaupun kami belajar di universiti yang sama, tidak bermakna kami dapat bertemu setiap hari. Apatah lagi sewaktu kami mula sibuk menghadapi minggu ujian. Itu semua berlaku hanya seminggu yang lalu.

Hafizullah pernah menyanyikan lagu Tercipta Untukku nyanyian kumpulan Ungu. Hanya ALLAH yang tahu betapa bahagianya aku mendengar nyanyiannya yang diiringi gitar. Waktu itu cuti pertengahan semester, minggu lalu. Aku mencapai telefon bimbitku lalu mendail *1*. Nyanyian Hafizullah mula kedengaran di telefon bimbitku. Aku pasti ketika Hafizullah menyanyikan lagu itu, dia sedang bermain gitar di bilik ini, di katil ini. Dan kini aku sedang berada di tempat Hafizullah tidur dan ketika berbual denganku. Aku mula membayangkan senyumannya dan gelaka tawanya. Kemudian aku lihat gambar kami berdua dalam telefon bimbitku. Waktu itu kami berada di kampus. Aku tersenyum namun sesaat kemudian air mataku mula bergenang. Semuanya telah berlalu. Semua yang pernah aku rasakan hanyalah kenangan yang tak mungkin berulang.
Ya ALLAH, sembuhkanlah luka di hatiku. Aku sedar yang Hafizullah adalah milikMu yang kekal dan hanyalah pinjaman sementara dariMu untukku dan untuk semua insan yang menyayanginya. Kini Kau telah ambil dia pulang ke sisiMu. Semoga dia tenang di sisiMu dan ampunilah semua dosanya, Ya ALLAH yang Maha Pengasih. Kerana aku tahu hanya Kau yang mampu mencintainya lebih dari cintaku padanya. Kau berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi kembalinya dia padaMu.

Pagi itu sebelum azan subuh berkumandang, aku sudah bangun. Mungkin kerana kesejukan pagi yang mencengkam membuatkan aku terbangun. Atau mungkin kerana aku bermimpikan Hafizullah. Aku lihat wajahku di cermin. Mataku kelihatan sembab. Mungkin kerana aku terlalu banyak menangis semalam. Dengan perlahan aku membuka pintu. Aku lihat Adam sedang nyenyak tidur di atas sofa. Kasihan, pasti dia kesejukan. Aku mengambil selimut di dalam bilik dan menyelimuti badan Adam dengan selimut itu.

Abang …

Selepas aku solat subuh, aku memanjatkan doa kepada ALLAH yang Maha Berkuasa. Aku mengesat air mataku yang mengalir. Mataku terasa pedih, mungkin kerana air mataku yang tidak berhenti mengalir sejak semalam. Selepas bermunajat kepadaNya, hatiku terasa tenang sedikit dan apabila aku berpaling, aku lihat Adam berada di muka pintu. Aku benar-benar terkejut. Sudah berapa lama dia berada di situ?

"Adam?" Panggilku. Dia kelihatan terkejut. Mungkin dia baru tersedar yang aku sedang memandangnya. Mujurlah aku masih belum menanggalkan telekung yang membaluti seluruh tubuhku.

"Maaf. Saya nak ambik kain pelekat dalam almari. Saya ketuk tadi tapi Hana tak jawab." Terangnya.

"Boleh tak Adam tunggu sekejap. Saya nak bersiap." Adam hanya mengangguk lalu menutup pintu. Aku mengurut dadaku. Aku segera mengunci pintu dan menanggalkan telekung. Aku mengemaskan katil Hafizullah. Selepas lima belas minit, aku keluar dari bilik itu, lengkap dengan tudung putih pemberian Hafizullah sebelum dia pulang ke kampong, sebelum dia pergi … Demi ALLAH, aku tidak pernah menyangka dia akan pergi secepat ini.

"Adam boleh bawa saya ke kubur Hafizullah dulu?" Pintaku sewaktu kami menikmati sarapan pagi. Aku membantu Umi menyediakan bihun goreng meskipun Umi berkeras mahu menyiapkannya sendiri. Adam menganggukkan kepala.

Aku menghampiri kubur Hafizullah dengan langkah perlahan.


Abang … Hana datang lagi. Hana ada banyak sangat nak cakap dengan Abang. Hana tak sempat nak ucapkan terima kasih sebab selama ni Abang bahagiakan hati Hana. Walaupun Hana cuma sempat mengecapi kebahagiaan dari cahaya cinta Abang, Hana rasa bahagia sampai hari ni. Hana tak sempat nak ucapkan minta maaf atas semua salah Hana pada Abang. Hana tak sempat nak beritahu yang Hana sayangkan Abang. Abang, Hana bahagia dengan kasih sayang yang Abang berikan. Abang banyak berikan nasihat pada Hana. Benarlah kata Abang. Cinta tidak semestinya bersatu untuk selamanya. Abang, Hana redha Abang tidak tercipta untuk Hanna walaupun Hana mungkin akan ambil masa yang lama untuk melupakan kasih Abang pada Hanna dan melupakan semua kenangan antara kita. Maafkan Hana jika Hana akan menangis kerana rindukan Abang. Saat ni pun Hana rindukan Abang sangat. Abang, Hana sayangkan Abang!

Selepas pemergian Abang, Hana selalu berdoa pada ALLAH semoga Hana ditemukan dengan seseorang yang lebih baik daripada Abang. Dalam masa lima tahun, Hana tak pernah dapat terima orang lain. Hana salahkan diri sendiri kerana masih belum dapat lupakan Abang. Kasih sayang Abang pada Hana masih terlalu kuat Hana rasakan. Abang ingat Fiz lagi tak? Hana masih simpan Fiz walaupun Fiz dah tak comel macam dulu. Pernah sekali Mama marahkan Hana kerana Hana tak sanggup nak berikan Fiz pada anak buah Hana. Hana lebih sanggup dimarahi daripada tinggalkan kenangan Hana pada Abang. Abang pun mesti marahkan Hana, kan?

Dalam masa lima tahun ni, semua message dari Abang Hana simpan. Hana tak sanggup nak buang kenangan kita. Tiap kali Hana baca message Abang, air mata ni mesti mengalir. Satu hari, handphone Hana hilang. Hana rasa perasaan Hana dah hilang. Berhari-hari Hana hilang selera makan. Kenangan Hana pada Abang dah hilang. Bila Hana beli handphone baru, Hana menangis. Bukan Hana tak suka handphone baru yang selama ni Hana idamkan tapi sebab Hana masih teringatkan Abang. ALLAH je yang tahu betapa rindunya Hana pada Abang. Hampir tiap malam Hana menangis rindukan Abang. Maafkan Hana, Abang! Hana terlalu sayangkan Abang!

Tapi empat bulan yang lepas, seseorang datang merisik Hana. Itu bukan kali pertama seseorang datang ingin menyunting bunga di taman larangan. Mama merayu untuk Hana menerimanya. Suatu malam, Hana menunaikan solat istikharah. Kali ini, biarlah ALLAH yang tentukan apa yang harus Hana lakukan kerana seperti kata Abang dulu, ALLAH tahu apa yang terbaik untuk kita. Malam itu Hana bermimpi. Abang datang dalam mimpi Hana. Abang menangis dalam mimpi Hana. Hana pun menangis. Hana rindukan Abang! Abang minta Hana lupakan Abang dan jalani hidup Hana dengan bahagia seperti dulu. Keesokan paginya, Hana khabarkan pada Mama yang Hana terima pinangan yang datang itu.

Hana pergi dulu, Abang. Suami Hana sedang menunggu Hana. Tadi dia datang menziarahi Abang juga, kan? Abang jangan risau tentang Hana lagi. Tak mungkin Hana akan lupakan Abang yang pernah mewarnai hari-hari Hana. Tapi Hana juga takkan menangis lagi kerana Abang. Hana dah temui kebahagiaan baru Hana iaitu seseorang yang telah menerima Hana bukan kerana wasiat dari abangnya tetapi kerana dia telah mencintai Hana sejak kali pertama abangnya menceritakan tentang diri Hana. Abang, jodoh Hana adalah untuk bersatu dengan adik Abang, Adam. Hana pergi dulu, Abang. Semoga Abang tenang di sana. Selamat tinggal cintaku. Al-Fatihah.

Sandal...Oh Sandal!!!

Waaa...I'm looking for my new sandal la...td balik kelas kami p pusing2 jj cheras selatan..jammed and crowded..mmm org kerajaan br gaji tambah lak Friday...tapi...HAMPA..benda yang di cari x de yang berkenan....
Balik umah...daaaa...mase duk nak check email n buat apa yang patut nampak laks Abg Din tgh online..mmm dapat new info..jj petaling ader buat warehouse sale...yuhu...hati berbunga-bunga riang la...TAPIIII..kat maner eks jj tu..nt nak kena check kat web la...td x de lak bgtau..kalau tak dah sampai sana daaaa...nak kena sampaikan perkhabaran kat kawan2 ni..geng seangkatan shopping aku..yuhu..yuhu...nana n kak ieza...mmm memang nak p tapi kena la tanyer dorang nak follow tak.....mmm...ader rezeki aku p la esok..ahaks2...just wait n see...kalu ader p nt korang leh la tgk aku melaram ngan sandal baru on Monday..huah3....

Exam...just around the corner!!!!

Mmmm...memikirkan tarikh exam yang semakin hampir...berdebor rasenya...apa tak nyer...baru kelmarin melepasi satu tahap ujian yang memang tak pernah tau akan kewujudannya...ORAL TEST!!!just 4 our course...English Major..ok ke tak ok....semuanya dah lepas...apa apa pun ....pk lak tuk coming exam..maybe start on 20th of May....x lama pun lagi....STUDY...STUDY..iyo laei...

Dimana kak ieza????



Kak ieza is missing...ye la...x de pun dia kat dalam gambar2 ni...actually ni lah trainees yang ader kat sekolah aku...kitaorang ader semuanyer 8 orang..4 orang belah pagi n 4 orang belah petang...yang kat sini ni cuma antara yang satu umah sukan ngan aku ler...actually..akak ku kak ieza pun satu umah gak..ntah nape lak dia bleh miss out...nak tau naper kena la korang investigate..hihihi...cik adik yang kat sebelah aku tuh...from UPSI .Nak tau nama ker??Nama dia WAN...ambik course pra sekolah...time aku tulis ni dia still kat sekolah mengabiskan masa-masa terakhirnyer ber'praktikum'...dorang ni kena tambah lak satu minggu tuk cukupkan masa...cian laks..n way all the best to you...Haa...cik abe yang berdiri tu lak MIJIE...cikgu pj to be.....yang ni from IPIS...kija2 mase sukan dan kemas2 stor sekolah yang sangat la tersusun rapi tuh...dia ni la yang kena buat...mmmm...namer pun trainee...kena buli ler...x pe..xperience...bila lagi..hehehhe......aku?mmm...aku boss...arah2 je la..kwang3

During my praktikum...

Rase2nyer lum terlewat lagi nak kongsi suka duka maser aku ber'praktikum'....mula2 memang kecut gak la..apa taknyer....betui ke aku nih??Teacher lak tuh...mmm..nak kater terror sangat tu dak la..dah itu yang diaorang offer...dah dapat ...harungi lah dengan penuh tawakal..semoga apa

yang berlaku ada rahmat di sebaliknya...Masa mula2 p ..seminggu..dua minggu..lambatnyer nak habih...pejam..celik..pejam celik dah nak berakhir lak...masa2 kat sekolah memang banyak yang berguna untuk jadi ikhtibar...belajar macam-macam...aku ngan kak ieza menghabiskan masa2 emas kami kat sekolah dengan jayanyer..ahaks2 tul ke tuh??? Betui la...slalu gak balik lambat..mengalah kan kerani sekolah...buat ot kat sekolah...dekat2 akhir lagi la...rasa sayu lak nak pergi..mm...so touching...ye la..dah kenai akak2 senior tuh..dah makin rapat rasanyer....lagipun,masa2 terakhir kami...dah tak masuk kelas sangat...budak2 ader sukan..kitaorang pun sama laaaaa...dua minggu gak la bersukan...naik hitam la aku ngan kak ieza..'sunburn'...apa2 pun we all happy sesangat...time kasih atas segalanyer....