Singgah TESCO jap.....

Memandangkan barang2 dapur dah banyak yang habis..maka terpaksalah ke TESCO jap nak beli barang la sikit...konon konon nye la...Ya Allah!! Ramai betul orang kat situ sampaikan nak sorong troli pun payah..apa la dorang ni buat ramai2 kat sini..pegi la beli belah kat giant ker,jj ker,econsave dan yang seumpamanya...Agaknya dorang pun macam aku la..TESCO is the cheapest in town..huhuhuhu tu la yang ramai2 bergegas kat sini..Barang yang dibeli tak la banyak sangat....
Antara yang menjadi sasaran selain daripada bahan2 asas kat dapur....biskut chipsmore,biskut diet IKO,Laici in syrup,nestum,air soya dan tembikai..yang ni murah wooooo..79 sen jer sekilo..kat tempat lain sehinggit lebih...

Yang dalam kampit tu bebenornya beras ..yang ni bukan aku beli kat sana tapi mak aku yang bekalkan dari KELANTAN...so touching!!!



Aku memang selalu bawak beras dari sana...memandangkan adik aku balik bercuti maka mak aku pun telah mengambil kesempatan untuk mengirimkannya untuk aku..
I LOVE YOU,MUM!!
:kiss:

Akhirnya...selesai lah sudah!!!

Sepanjang preksa UPSR berlangsung...seronok jer aku tengok budak2 kat kawasan rumah aku ni bercuti sakan...Yela kan..kami para guru pulak..masa ni lah acara2 bersih membersih...hias menghias..tampal menampal dan yang seumpamanya nak dibuat.Nak diharap masa hari2 belajar biasax de masa nak dilakukan.Aku lak bebenornya memang la x de nama dalam senarai tugasantuh..agaknya sebab aku cikgi baru kat sini..ntah2 dorang lupa kat aku yang cun habis meletop letop glamer bangat ni..apa pun aku telah meng'offer' kan diri untuk tolong hias PUSAT SUMBER sekolah...bukan lah nak tunjuk rajin bangat atau membodek GB tapi atas dasar tanggungjawab maka bermula la episod kerja2 aku..antara tugasan yang telah diberi oleh tokei PUSAT SUMBER (Cikgi Asmanor):

1-Penempatan semula segala rak2 buku,meja+kerusi budak2,sofa cikgu dan papan tanda
2-Baiki buku rosak,tag dan susun balik
3-Mop lantai
(yang ni telah dibantu oleh akak dan makcik cleaner sekolah..huhuhuhuhu)

4-Hias menghias papan tanda

Masa 3 hari tuh aku rasakan seperti sekejap jer berlalu.....tugasan yang diberi dah selesai dan hasilnya dah dapat dilihat..Dalam banyak2 tugasan tuh..yang paling aku suka ialah time hias menghias tuh..walau pun ianya perlukan kesabaran dan ketekunan yang tinggi...tetapi memang puas hati...meh la nengok....


Bukan lah nak eksen ..sajer nak kongsi2 bersama sama..Thanks juga pada kawan2 seangkatan yang telah sama2 menjayakan program ini:
Kak Asmanor(tokei kedai),kak Yati,kak Ani,kak Mala,kak Iza

Cuci jangan tak cuci..hhehhehehe lenkali kita buat lagi:vacuum:

Yahoooo!!!! yabedabedu.....

"YAHOOOOO...YAHOOOO...HOOOREYY..." :dancepanda: macam-macam perkataan yang
maner dapat menggambarkan kegembiraan mereka setelah 3 hari berhempas pulas tertiarap tertonggeng dengan kertas2 UPSR..Dan akhirnya mereka telah menghabiskan periksa dengan jayanya...ada yang keluar dengan tersenyum-senyum simpul sampai ke telinga :puteh_12:.... ader jugak yang rupa macam confuse jer:puteh_23:dan ader jugak yang terlalu sedih pilu sudu garpu ....:puteh_29:...Walau apa jua keadaan nya...kami para guru sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak-anak didik kami.Dengan seribu juta juta lemon harapan agar mereka2 ini akan berjaya didunia dan juga diakhirat. AMIN....Nampaknya tahun ni beraya sakan lah mereka..yelah ..kan dah abis preksa dah..time aku dulu pun kalau dah habis preksa tuh rasa macam terlepas beban yang dipikul selama ini.Iyo ko??? iyo..kalu tak pcayo bolah lah dado....hehhehehehe:puteh_19:

Aku nak jugak..laaaa!!!

:mCry:Aku nak jugak..nak jugak..nak surat lantikan GST...tanpa surat tuh maka x dapat la krani kat sekolah aku tuh nak wat gaji aku...Tahap kewangan pun dah makin parah ni..Tulun...Tulun..tahniah la kat sesapa posting Selangor ni yang dah dapat...Td aku p ziarah cikgu azrin pun ader dah kat coretan dia pasal betapa gumbira nya dia dapat surat dah..ni yang aku nak mare ni,budak kecik ni dah dapat la plak.beruntung la sesapa yang dapat gaji before raya ni..beraya sakan la ek..aku x tau la nasib aku ni camaner nanti...

Aku x nak menanam harapan yang setinggi gunung..takut nanti aku keciwa...merana..duka nestapa..kerana ibunya batuk.Apa pun diharap sesapa yang bakal mendapat gaji tuh...jangan lupa kat aku..

:mSad:
Berapa kali malaikat maut ziarah kita?

Sebuah hadis nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah b Abbas r.a.,bahawa Rasullulah s.a.w bersabda yang bermaksud,

" Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari."

ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yangsedang bergelak ketawa.Maka berkata Izrail:

" Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkanaku diutus oleh Allah taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masihberseronok-seronok bergelak ketawa"

Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhatikan oleh malaikatmaut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati. Golongan initidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal mengenai mati dan hubungannya dengan malaikat maut.

1 hari=24 jam=1440 minit
1440 minit/70 kali malaikat menjenguk kita=20.571 minit

INI BERMAKNA MALAIKAT MAUT MENZIARAHI KITA SETIAP 21MINIT......WALLAHUALLAM. ..
SEKOLAH OH SEKOLAH...!!!!!



Setelah sebulan lebih aku menempat kan diri di sekolah ku ini..ni la baru aku mengambil peluang untuk mengambil dua keping gambar bangunan sekolah...nak ambik banyak2 kut nanti kena gelak ngan cikgu cikgi lak...(apa ke hal nak ambik gambo sekolah ???) Mmm..kelas yang aku ngajo tahun 4 kat pic no 1 tkt ataih skali dan tahun 3 lak pic no 2 ataih skali gak...skit lagi tercapai la hasrat aku nak kurus kan badan...(huhuhhu..iyo la tuh)
Percaya la...hasrat aku la...ntah menjadi ke tidak kena la aku ni usaha lebih skit...Skarang pun bulan pose,dengan harapan yang berbunga-bunga semoga cita2 aku tuh...berjaya..















Malaysia International Fireworks Competition 2008 (MIFC 2008)

Nampaknyer this year aku hanya berkesempatan untuk nengok masa malam last jer..yang lain2 nyer x pegi..memandangkan tahap kebuzyan aku yang melampau..(iyo ko BUZY)..apa pun aku masih lagi bersyukur kerana pada malam last tu...AUSTRALIA yang performed..Last year Winner!!! Lama gak kalu nak di compared ngan yang sebelum2 ni ader la dalam 20-25 minit..tapi malam tu aku rasa la memang agak lama skit daripada biasa...mmm..cantik bangat..kalau la leh p nengok dekat2 mesti lagi best...



Last year nyer..aku sempat p nengok 3 negara...masih lagi teringat-ingat kenangan aku n geng p nengok bunga api ni..ye la that time aku still ngan korang..skarang semuanya tingal memori..huhuhuh..sedih la plak..



Buat NANA yang berada di Jerantut...dan juga KIE yang berada di Kuala Penyu, Sabah...



Semoga korang masih ingat lagi time kita p tengok bunga api malam tu...dan juga harap korang gak tak lupa kejadian2 tragis sebelum kita dapat p...huhuhhhuu...Hanya kita yang tau..(secret ni..x leh bgtau kat org lain..wakaakkaka).



This year..MALAYSIA tetap join..dan mendapat tempat Kedua..SYABAS MALAYSIA!!!

Tempat pertama lak...SPAIN...Tahniah juga buat Spain...

Aku lak agak terkilan gak kerana tak dapat pegi nengok Malaysia performed pada malam 12 ogos tuh..apa pun aku harap next year aku tak akan ketinggalan menyaksikan persembahan MALAYSIA ku yang tercinta...

AUSTRALIA nyer bunga api!!!

video